Friday, July 29, 2011

~harapan ramadhan~


bersempena ramadhan yang nak dekat ni kn, i have wishes. not like usually, ramadhan kali ni paling yang aku tunggu kn. i dunno why.

*lebih banyak amal ibadat sunat
*sebolehnyyee tak nak tinggal terawikh. taun lepas banyak gile miss atas sebab xleh dielakkn :(
*insyaALLAH nk kurangkn bende lagha.(online, tgk movie dll)
*lebih berkualiti dalam berpuasa.
*solat malam? i'll try hard for that.
*nk kejar lailatul qadr :)

jom kte share dalil2 pasal pose.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
” رُبَّ صَآئِمٍ لَّيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلاَّ الْجُوْعُ وَالْعَطْشُ “
Maksudnya : ” Berapa ramai orang yang berpuasa, tatapi tidak mendapat sesuatupun dari puasanya selain dari lapar dan dahaga ” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

i dun wan to be the one of it.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ “
Maksudnya : Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya  yang terdahulu”  (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Amin...

Bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari harumnya misik (minyak wangi paling harum di dunia). (HR. Bukhari)

Makanlah waktu sahur. Sesungguhnya makan waktu sahur menyebabkan berkah. (HR. Mutafaq’alaih)

ramai orang skip sahur. tau tak orang puase yang tak bersahur, same seperti puasa orang yahudi :) so jomla bersahur tiap2 hari yer. bertenaga sket menghadapi hari nak berpose tu.

n lastly, ganjaran puasa.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


selamat puasa kawan2!

No comments: